Tidak
lama setelah penembakan terhadap Hasan Al-Bana, terjadilah penangkapan besar-besaran
terhadap anggota Ihwanul Muslimin oleh regim Nasser, yang beliau waktu itu menjawat
tugas Perdana Menteri dan Ketua Dewan Revolusi Mesir. Anggota Ikhwanul Muslimin
yang ditangkap ketika itu sebanyak 10,000 (sepuluh ribu) anggota dan seluruhnya
dimasukkan ke dalam penjara, termasuk mereka yang berjasa dalam perang melawan
Inggris di Suez. Baru 20 hari sejak penangkapan besar-besaran itu, terdapat 1,000
orang tahanan anggota Ikhwanul Muslimin yang mati akibat seksaan dan penganiayaan.
Dan 6 (enam) orang yang dijatuhi hukuman mati.
Di
antara anggota-anggota Ikhwanul Muslimin yang ditahan dalam penjara itu adalah Hakim
Dr. Abdul Qadir Audah, Muhammad Faraghali, dan Sayyid Quthub. Para tahanan itu
tidak sedikit yang dijatuhi hukuman penjara antara 15 tahun sampai seumur
hidup, dan juga hukuman mati, dan kerja paksa memotong dan memecah batu-batu di
gunungganang.
Mereka
yang membangkang mogok tidak mahu kerja paksa kemudian ditembak. Pernah
kejadian yang mogok itu ditembak sekaligus 22 orang dalam penjara mereka. Kejadian
itu pada tahun 1977.
Adapun
Sayyid Quthub, beliau pernah dihebohkan oleh pihak lnggris, barangsiapa yang dapat
menangkapnya akan mendapat hadiah 2000 Pound Sterling.
Sayyid
Quthub ini lahir pada tahun 1903 di Musha, sebuah kota kecil di Asyut, Mesir. Beliau
telah hafal Al-Quran 30 Juz sejak masih anak-anak, meraih gelaran sarjana dalam
tahun 1933 dari Universitas Cairo, kemudian bekerja pada Kementerian
Pendidikan.
Kementerian
Pendidikan kemudiannya mengirim beliau untuk belajar di Amerika Syarikat selama
dua tahun.
Sepulang
dari Amerika Syarikat beliau ke Inggris, Swiss, dan Itali. Sepulangnya dari
luar negeri beliau kemudian menyatakan keyakinannya bahawa Mesir harus
membebaskan diri dari kebudayaan asing yang negatif dan merusak keperibadian
Islam serta ketimuran itu.
Beliau
adalah seorang penyair dan sastrawan yang hasil karyanya diperhatikan orang. Pada
tahun 1946 beliau menulis buku berjudul “Al-’Adalatul Ijtima’iyah Fil Islam” (Keadilan
Sosial Di Dalam Islam). Buku ini amat popular dan cemerlang sehingga menjadikan
beliau termasyhur. Apalagi setelah buku ini diterjemahkan ke dalam berbagai bahasa,
beliau benar-benar seorang tokoh yang berwawasan. Terutama buku ini sebagai jawapan
dari sikap Nasser yang mengumandangkan Sosialisme Arab itu.
Sebenarnya
Sayyid Quthub ditahan jauh sebelum peristiwa “Sandiwara Penentangan” terhadap
Nasser pada tanggal 26 Oktober 1954, yaitu dua hari setelah Ikhwanul Muslimin dilarang
oleh Nasser. Adapun kesalahan beliau yang paling banyak ialah kerana beliau mengarang
dan menulis beberapa buku yang bersifat semangat Islam. Selain “Keadilan Sosial
Dalam Islam,” juga buku “Mu’alimut Thar” (Tonggak-tonggak Jalan) yang isinya menolak
kebudayaan jahiliyah moden dalam segala bentuk dan praktiknya.
Kekejaman
terhadap para tahanan dan terhadap beliau dari penguasa mesir tak terkira. Melebihi
Nazi Jerman. Hal ini telah diungkapkan oleh para bekas tahanan yang kemudian selamat
kembali kepada keluarga mereka. Mereka banyak berkisah tentang kekejaman penguasa
zaman Raja Farouk mahupun oleh Pemerintah Nasser. Ramai para bekas tahanan itu
yang bercerita sambil bercucuran air mata bila teringat kawan-kawannya yang mati
diseksa dan dibantai di hadapan mata kepala mereka sendiri. Hukuman cambuk, cucian
otak dengan alat-alat elektronik sehingga para korban menjadi hilang akal, dan sebagainya.
Bermacam-macam tuduhan yang dilontarkan. Tuduhan palsu, fitnah yang dibuat-buat,
yang kesemuanya itu tidak ada kesempatan bagi para anggota Ikhwan untuk membela
diri. Mereka tetap mengatakan Ikhwanul Muslimin salah, mengkhianati negara dan
bangsa, dan sebagainya serta tuduhan-tuduhan yang tidak masuk akal.
Adik
Sayyid Quthub yang bernama Muhammad Quthub meninggal dalam penjara. Dan Sayyid
Quthub sendiri dibebaskan oleh penguasa pada tahun 1964 atas usaha Presiden lrak,
Abdus Salam Aref almarhum. Selepas dari tahanan ini keluarlah buku beliau berjudul
“Tonggak-tonggak Islam,” sehingga pada bulan Ogos 1965 beliau ditangkap dan ditahan
lagi bersama 46.000 (empat puluh enam ribu) anggota Ikhwanul Muslimin.
Dalam
pengadilan beliau berkata, “Aku tahu bahawa kali ini yang dikehendaki oleh pemerintah
(Nasser) adalah kepalaku. Sama sekali aku tidak menyesali kematianku, sebaliknya
aku berbahagia kerana mati demi cinta. Tinggal sejarah yang memutuskan, siapakah
yang benar, Ikhwan ataukah regim ini.
Ketika
beliau di mahkamah pada tahun 1954 juga berkata: “Apabila tuan-tuan menghendaki
kepada saya, inilah aku dengan kepalaku di atas tapak tanganku sendiri!” Pada
bulan Agustus 1966 Mahkamah Tentera menjatuhkan hukuman gantung kepada tokoh
Ikhwanul Muslimin termasuk beliau. Dengan sebuah senyum pada hari Isnin, di waktu
fajar menyingsing tanggal 29 Agustus 1966, beliau meninggal dunia di tiang gantung
sebagai jalan untuk menemui Allah!
Demikianlah
hukum yang terjadi di dunia ini, yang benar belum tentu menang dan yang salah
belum tentu kalah. Namun pada umumnya yang berkuasa itulah yang
dibenarbenarkan, kerana pihak yang tidak mendapat kesempatan untuk berbicara
kerana bukan penguasa, walau tidak kuasa berkata bahawa dirinya benar. Dan
Nasser merasa dirinya di pihak yang benar sehingga Ikhwanul Muslimin dianggap
sebagai pengkhianat bangsa dan negara. Padahal setiap Mesir ditimpa bahaya,
penguasa selalu minta tolong kepada para anggota Ikhwanul Muslimin untuk tampil
ke depan membela tanah air, tetapi setelah keadaan aman, Ikhwanul Muslimin
dijauhkan dari kebenaran, diketepikan, dianggap sebagai organisasi yang najis
dan ekstrim.
Demikianlah
nasib para pejuang dalam membela kebenaran, bahawa risiko yang dihadapinya
tidak sedikit dan bahkan sering membawa korban, diseksa, dianiaya dan demikian
itulah cara Allah untuk mengetahui keimanan dan ketakwaan seseorang.
Dengan
demikian, jelaslah bahawa siapa saja yang tidak mahu berjuang untuk membela kebenaran
adalah orang yang lemah mentalnya, dan akan mendapat seksa di akhirat nanti.
Tag :
Tokoh
0 Komentar untuk "Sayyid Quthb"